Kedai Repair Barang Elektrik Kelantan

Kedai repair barang elektrik rumah rosak  seperti mesin basuh, mesin dryer, & steam iron di sekitar Pasir Puteh, Selising, Gaal & Melor, Kelantan

Lebih 9+ Tahun Pengalaman Repair

Kami dah repair bermacam-macam jenis kerosakan peralatan elektrik.

Kami Datang Repair di Rumah Anda

Tak perlu susah datang ke kedai, kami yang akan datang pickup & hantar.

Pemeriksaan Kerosakan Percuma

Sebelum repair, kami akan pastikan dahulu kerosakan sebenar dihadapi.

gambar-servis-kedai-repair-barang-elektrik-angkat-dua-mesin
gambar-servis-kedai-repair-barang-elektrik-di-rumah-repair-mesin-basuh

Kedai repair barang elektrik

"Pasir Puteh, Selising, Gaal & Melor, Kelantan"

gambar-servis-kedai-repair-barang-elektrik-di-rumah-gambar-dryer
Tentang Kami

Pakar Repair Barangan Elektrik Kelantan

Barang elektrik rumah anda tiba-tiba rosak? Mesin basuh tak hidup, iron tak panas, atau chiller tak sejuk langsung? Jangan bazir beli yang baru! Kami sedia bantu baiki barangan elektrik anda dengan pantas, harga jimat & jaminan kualiti!

kenapa kami

Kenapa pilih kami untuk repair barang elektrik anda?

Bila barang elektrik rosak, ramai pelanggan keliru sama ada patut beli baru atau tidak, dekat mana boleh repair cepat, dan risau akan cas yang berlebihan. Kami wujud untuk bantu anda jimat masa, wang & tenaga sambil pastikan barang elektrik anda berfungsi semula.

Technician Repair Yang Berpengalaman Luas
Jaminan Repair 3-6 Bulan Bergantung Pada Spare Part
Kami Repair Menggunakan Alat Ganti Yang Original
Servis On-Site & Atau Boleh Walk-In Ke Kedai Repair
Harga Repair Yang Telus & Mampu Milik
Respon Whatsapp 24 Jam, Servis 8:30am – 6:00pm
servis kami

Kedai repair barang elektrik rumah & juga premis perniagaan

Repair Mesin Basuh

Tak spin? Air tak keluar? Bunyi pelik?Kami bantu repair mesin basuh anda terus ke rumah atau di kedai anda, siap dalam 1–3 hari bergantung pada tahap.

kedai-repair-barang-elektrik-repair-mesin-dryer-mikailrepairservices.com

Repair Mesin Dryer

Baju keluar masih basah? Dryer langsung tak panas? Kami bantu kenal pasti punca & baiki termasuk tukar heating element & motor jika perlu.

kedai-repair-barang-elektrik-repair-steam-iron-mikailrepairservices.com

Repair Steam Iron

Wap tak keluar, air bocor, seterika tak panas? Kami pakar dalam baiki iron jenama Philips, Tefal, Panasonic dan banyak lagi. Siap dalam 1–3 jam sahaja!

Lihat Galeri Repair Barangan Elektrik

Di sini ialah sebahagian daripada kerja-kerja repair yang telah kami lakukan dari mesin basuh hinggalah ke steam iron, dari rumah pelanggan hingga kedai kami sendiri di Pasir Puteh.

Mikail Repair Services

Kedai Repair Barang Elektrik
FAQ

Soalan Lazim Kedai Repair Barang Elektrik

Kami menyediakan servis membaiki pelbagai jenis barangan elektrik untuk keperluan rumah mahupun perniagaan. Antara barangan yang biasa kami baiki termasuklah mesin basuh, mesin dryer, seterika wap seperti Philips steam iron, serta chiller display kedai.

Ya, semua kerja pembaikan yang kami lakukan datang bersama jaminan servis antara 3 hingga 6 bulan, bergantung kepada jenis dan kondisi spare part yang digunakan.

Untuk barangan elektrik bersaiz besar seperti mesin basuh atau chiller display, kami akan datang ke rumah anda untuk buat pemeriksaan dan pembaikan. Namun, untuk barangan kecil seperti seterika wap dan dryer, anda boleh walk-in terus ke kedai kami yang terletak di kawasan Pasir Puteh untuk pemeriksaan dan servis yang lebih pantas.

Tak perlu risau, kami tidak kenakan sebarang bayaran untuk pemeriksaan awal. Anda hanya akan dikenakan bayaran jika bersetuju untuk teruskan dengan proses pembaikan. Jika selepas pemeriksaan anda buat keputusan untuk tidak teruskan, tiada caj dikenakan.

Masa siap bergantung kepada jenis barang dan kerosakan. Untuk barangan kecil seperti steam iron, pembaikan biasanya siap dalam masa satu ke tiga jam sahaja. Mesin basuh dan chiller display pula mengambil masa antara satu hingga tiga hari bergantung pada ketersediaan spare part dan tahap kerosakan.

0

+

Tahun Pengalaman Repair Peralatan Elektrik
0

+

Jumlah Kerosakan Peralatan Elektrik Dibaiki
0

+

Kawasan Liputan Kedai Repair Barang Elektrik Kami
0

%

Kepuasan Pelanggan Yang Berurusan Repair
Testimoni

Real Google Review Testimoni Pelanggan

Anda mencari kedai repair barang elektrik?

Kami sedia membantu anda dari awal hingga selesai sama ada anda nak repair mesin basuh, mesin dryer, steam iron, ataupun mesin chiller display di kedai anda!